Tuesday 19 March 2013

"SESUNGGUHNYA KEJAYAAN PADA HARI ESOK BERGANTUNG KEPADA USAHA DAN MATLAMAT YANG KITA LETAKKAN PADA HARI INI. JUSTERU ITU, PERSIAPAN DIRI DAN ORGANISASI SEBAGAI SATU PASUKAN YANG MANTAP PERLU DIJANA DAN DIGERAKKAN PADA HARI NI. SEMOGA SEGALA USAHA DAN IMPIAN KE ARAH KEJAYAAN HARI ESOK SENTIASA DIBERKATI ALLAH JUA"


PENGENALAN

1.
Tidak pernah berniat menyimpan 'harta kekayaan' yang diperoleh sebagai peneraju syarikat pembinaan tersohor di bumi Pahang menjadikan Haji Abdul Wahab Ismail, 45, bertindak bijak apabila bersedia berkongsi pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki sepanjang terbabit dalam bidang pembinaan sejak lebih 10 tahun lalu.2.

2.
Berpegang kepada visi dan misi syarikat, pelbagai perancangan jitu dilakukan sehingga Berjaya menempatkan diri kalangan kontraktor kelas A berjaya di Pahang.

3.
“Pengalaman mematangkan saya dan berdirinya saya sebagai pemilik syarikat pembinaan ini adalah kerana saya mahu dunia melihat anak Melayu mampu menyaingi bangsa lain dan tidak selamanya 'duduk' dalam kelas F.

4.
“Saya mahu buka minda mereka bahawa mereka sebenarnya boleh berubah... dari kontraktor yang menerima projek bernilai RM200,000 kepada projek bernilai ratusan juta ringgit,” katanya.

5.
Beliau berkata, sebagai kontraktor yang diamanahkan mengendalikan pelbagai projek pembinaan, ilmu dan pengalaman harus seiring.

6.
“Kontaktor perlu mempunyai rangkaian hubungan yang meluas sekiranya mahu menjadi individu yang cukup berjaya sepanjang hidupnya. 

7. 
“Jangan asyik hendak mengarahkan kakitangan dan pekerja bawahan sebaliknya bekerjasama dan memantau setiap projek secara berkala bagi mendapat keyakinan dan kepercayaan pekerja selain membawa banyak kebaikan kepada syarikat,” katanya.


CABARAN 


1.
BELIAU berkata, banyak suara-suara sumbang mengatakan kontraktor kelas F gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam menyiapkan projek yang diamanahkan malah mengungkap kata-kata berbentuk sindiran seperti 'projek belum siap wang sudah dihabiskan'.

2.
“Kita mahu ubah persepsi ini. Saya mahu kontraktor kelas F berusaha dengan lebih gigih dan 'mara' ke peringkat mendapatkan lesen di peringkat lebih tinggi demi membaiki kedudukan dan peroleh projek lebih lumayan.

3.
“Jangan terus berpuas hati sebagai kontraktor yang hanya membekalkan bahan binaan, bahan mentah, jentera atau tenaga kerja sepanjang hayat tetapi berusahalah meletakkan diri pada kedudukan lebih baik sehingga melonjak sebagai kontraktor kelas B atau A yang memperoleh projek berimpak tinggi,” katanya.

4.
Abdul Wahab juga menasihatkan supaya kontraktor Melayu yang menghadapi kekangan kewangan tidak menjadikan alasan itu untuk terus berdiam diri.

5.
“Rujuklah pada kontraktor Melayu yang sudah berjaya, memperoleh projek mega dan melaksanakannya dalam tempoh ditetapkan sama ada oleh kerajaan mahupun swasta, tanya mereka bagaimana mereka bermula.

6.
“Tidak ada seorang pun kontraktor dalam dunia ini yang tidak pernah mengalami zaman susah kerana kesusahan itu mengajarnya erti hidup dan bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya,” ujarnya.

7.
Katanya, kontraktor perlu menunjukkan kewibawaan mereka dalam mengendalikan projek dan melaksanakan kerja mengikut spesifikasi yang tepat dan menyiapkan projek mengikut jadual.

8.
“Sikap tamak, mengejar projek dan mementingkan keuntungan tanpa mengikut spesifikasi dan kualiti kerja perlu dihindari kerana ia boleh menyebabkan mereka disenaraihitamkan sekaligus mengakibatkan kontraktor Melayu gagal dalam perniagaan,” katanya.



KEJAYAAN

1.
“APA yang ingin saya kongsikan di sini ialah, walaupun berhadapan kesukaran dan masalah yang dianggap 'remeh' tetapi besar sebenarnya seperti bekalan bahan mentah tidak sampai dan pekerja buat hal, ianya perlu ditangani dengan bijak bagi mengelak berlaku kelewatan menyiapkan projek.

2.
“Begitu juga lawatan ke tapak. Ia sangat penting untuk melihat perjalanan projek mengikut jadual dan siap dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

3.
Abdul Wahab berkata, kontraktor yang baru hendak berjinak-jinak dengan sektor pembinaan, tidak seharusnya mudah berputus asa atau malu dengan kedudukan.

4.
“Buka minda, tenangkan fikiran, stabilkan kedudukan, mendisiplinkan diri, tidak terpengaruh dengan konsep projek Alibaba, tidak mudah mengalah dan sedia memikul cabaran adalah antara 'elemen' penting yang perlu ada pada seseorang yang bakal bergelar kontraktor mahupun sudah bergelar kontraktor.

5.
“Jangan jadikan kekurangan modal, pangkat dan kedudukan yang belum stabil sebagai penghalang untuk mendapatkan projek kerana 'ilmu dan kepakaran yang dimiliki mampu mengubah segalanya',” katanya.


ANAK SYARIKAT


BIOGRAFI PENGARAH URUSAN
 

NAMA
     Haji Abdul Wahab Ismail

ASAL
     Dungun, Terengganu

PENDIDIKAN
    Sekolah Kebangsaan Jengka 8
    Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat
    Sekolah Menengah Teknik, Kuantan, Pahang.
    Diploma  Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia
    Ijazah Sarjana Muda Awam, Universiti Teknologi Malaysia

KERJAYA
     Kontraktor kelas A

JAWATAN
     Pengarah Urusan Asas Bayu Sdn Bhd

ALAMAT SYARIKAT
    A119-121, Aras 1, Jalan IM16/1, Taman Sri Perdana, 25350, Kuantan, Pahang.

PENGALAMAN
  • Jurutera Projek dan Penolong Pengurus Projek di Syarikat Pembinaan YTL Sdn Bhd
  • Pengurus Tapak menerusi skim kerjasama YTL dan Institut Teknologi MARA (UiTM)                                       
  • Perancang Projek dengan syarikat pembinaan dari Belanda.
  • Pengurus Projek di syarikat Bitumix Sdn Bhd.
  • Membantu meningkatkan prestasi syarikat milik penuh Bumiputera pemilik lesen kelas D, SAJ Sdn Bhd kepada kelas A sehingga dianugerahkan Syarikat Kontraktor Melayu Berwibawa.

PROJEK MEGA DALAM PEMBINAAN
  • Menyiapkan Pusat Asasi Sains Fasa 2, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gambang bernilai RM74.2 juta.
  • Membina jambatan konkrit menyeberangi Sungai Jelai di Kampung gemunchur, Mukim Cheka 1, Lipis dengan kos projek RM14.6 juta.
  • Menyiapkan asrama Blok A Fasa 1, Kampus Institut Kemahiran Iktisas Pahang (IKIP), Tanjung Lumpur dengan kos projek RM13 juta.